Polisi Keperibadian
KESELURUHAN
E-Global Trade & Finance Group, Inc. (rujukan – “Forex4you”, “kami”, atau “kita”) memberitahu anda bahawa privasi anda adalah penting bagi kami. Menjaga rahsia data peribadi anda adalah prinsip utama operasi perniagaan kami.
Semasa dalam perkhidmatan, kami mengumpul dan memperoleh maklumat peribadi tertentu / data peribadi kamu. Ini adalah kerana kami ingin memaklumkan kepada anda mengenai polisi privasi yang berikut kepada anda semasa menerima atau memohon apa-apa perkhidmatan kami.
Sila ambil perhatian bahawa polisi ini hanya tertakluk kepada laman web kami yang diselengara oleh Forex4you dan bukannya kepada entiti lain atau orang yang dirujuk melalui banner iklan atau pautan dalam laman web kami.
MAKLUMAT TERKUMPUL
Sementara menerima atau menggunakan mana-mana produk / perkhidmatan kami, data-data mengenai diri anda akan dikumpul dan diproses untuk tujuan pentadbiran, perkhidmatan berkaitan dan/ atau undang-undang:
- Data peribadi, seperti nama, alamat kediaman, alamat e-mel, dan sebagainya mengikut Polisi “Know Your Client” (KYC);
- Data kewangan, seperti rekod-rekod mengenai aktiviti perdagangan anda, status akaun, baki, dan sebagainya.
Maklumat peribadi anda disimpan dengan selamat berdasarkan undang-undang perlindungan data peribadi dan pemprosesan bidang kuasa di mana tempat utama perniagaan Forex4you terletak.
COOKIES
Laman web Forex4you mengandungi cookies yang memastikan kemungkinan penggunaan yang lebih luas untuk laman web. Cookies boleh ditolak dengan menggunakan ciri-ciri teknologi browser anda, walau bagaimanapun, ini tidak dinasihatkan, sebab berbuat demikian akan mengganggu penggunaan laman web Forex4you.
PENGGUNAAN MAKLUMAT
Kami menggunakan maklumat peribadi anda hanya untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan menjamin kepentingan-kepentingan yang sah di sisi undang-undang kita. Sebagai contoh, kami akan menggunakan maklumat yang dikumpulkan daripada anda untuk mengesahkan identiti anda dan maklumat hubungan. Kami juga mungkin menggunakan maklumat ini untuk menubuhkan dan menyediakan akaun perkhidmat anda, mengeluarkan nombor akaun dan kata laluan yang selamat, mengekalkan aktiviti akaun anda, dan menghubungi anda dengan maklumat akaun. Maklumat ini membantu kami memperbaiki perkhidmatan kami dan memberitahu anda tentang produk dan perkhidmatan, atau promosi tambahan yang mungkin diminati anda.
PENDEDAHAN DATA PERIBADI
Forex4you telah melaksanakan semua langkah-langkah yang munasabah dan yang diperlukan untuk mengekalkan tahap keselamatan data peribadi anda. Pekerja, pengarah, pegawai dan / atau wakil-wakil mempunyai tanggungjawab untuk menghormati privasi anda dan data peribadi anda, data hanya boleh didedahkan kepada pihak ketiga apabila alasan undang-undang yang sesuai diwujudkan.
Sila maklumkan bahawa kami boleh mendedahkan maklumat peribadi anda seperti nama, alamat, alamat e-mel, dan sebagainya kepada pihak ketiga yang diberi kuasa oleh Forex4you dan / atau diiktiraf oleh kami atas alasan perhubungan kontrak yang ditubuhkan.
Kami mungkin memindahkan data peribadi anda kepada syarikat-syarikat persekutuan atau bergabung, ejen atau organisasi-organisasi lain yang diberi kuasa atau orang-orang yang melaksanakan arahan anda secara terus atau tidak mengenai penggunaan perkhidmatan Forex4you. Kami menjamin bahawa semua orang yang diperihalkan di sini mematuhi syarat-syarat polisi dan melaksanakan langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi privasi anda.
Walau bagaimanapun, kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga yang tiada perhubungan kontrak dengan Forex4you dengan atas alasan pihak berkuasa dan taraf rasmi mereka.
HAK ANDA
Anda mempunyai hak untuk meminta kami mendedahkan data peribadi yang kami simpankan tentang anda. Dalam kes ini kita boleh mengenakan bayaran yang berpatutan. Anda juga mempunyai hak untuk mengetahui apakah jenis data peribadi yang kami ada mengenai anda, hak untuk mengubah apa-apa ketidaktepatan atau percanggahan data, hak untuk tahu mengenai penggunaan data anda dan hak untuk menyekat penggunaan jika privasi anda dilanggar.
Anda boleh melaksanakan hak-hak ini dengan menghantar suatu permintaan bertulis kepada E-Global Trade & Finance Group, Inc., Forex4you, 12-16 Clerkenwell Road, London, EC1M 5PQ, UK ataupun melalui e-mel ke info@forex4you.co.id.
BAGAIMANA MEMBETULKAN MAKLUMAT ANDA
Anda juga boleh mengubah maklumat peribadi anda dengan menggunakan Bilik Pedagang anda dalam laman web kami. Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau keraguan, sila menghubungi kami.
MEMILIH KELUAR
Anda tidak perlu membekalkan kami apa-apa data peribadi yang bertentangan dengan kehendak anda, walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan kami tidak dapat menyediakan perkhidmatan kepada anda. Memandangkan ia adalah penting kepada kita bahawa semua maklumat peribadi anda adalah tepat, lengkap, dan terkini, berdasarkan dengan kepentingan anda, anda perlu memberitahu kami dengan segera jika terdapat apa-apa perubahan pada maklumat peribadi anda. Anda boleh menghampiri kami sekiranya anda ingin memadamkan data peribadi anda dalam sistem Forex4you. Sila lihat di atas untuk maklumat hubungan.
